Tuesday, 12 January 2016

setiap cerita bermula dari impian - bill gate


Bill Gates yang tersenarai dikalangan orang-orang terkaya di dunia dan diisytiharkan sebagai manusia terkaya di Planet bumi pada 1995 hingga 2009, meskipun pada 2008 kedudukan tersebut menurun sebagai orang ketiga terkaya selepas Warran Buffett dan Carlos Slim Helu. menurut Forbes.

Pada bulan Januari 2000, Gates mengundurkan diri sebagai eksekutif tertinggi Microsoft, untuk memberi komitmen sepenuh masa pada badan amal ‘Bill & Melinda Gates Foundation’. Namun beliau masih lagi ketua arkitek software dalam Microsoft Inc.

Anak kedua dari tiga beradik ini dilahirkan dari pasangan William Henry Gates Sr., seorang peguam, dan Mary Maxwell, pegawai Interstate Bank, Pacific Northwest Bell. Gates belajar di Lakeside School, sekolah elit yang paling unggul di Seattle.

Kemampuan komputer Bill Gates sudah diakui sejak masih bersekolah di Lakeside. Bermula dengan menggodam komputer sekolah, mengubah jadual, dan penempatan pelajar. Tahun 1968, Bill Gates, Paul Allen, dan dua hackers lain telah diupah oleh Computer Center Corp. untuk menjadi ‘penguji’ sistem keselamatan perusahaan tersebut. Sebagai balasan, mereka diberi kebebasan untuk menggunakan komputer syarikat. Menurut Bill Gates waktu itu lah mereka benar- benar dapat "memasuki" komputer.

Sejak itu, kemahiran computer Bill Gates semakin terserlah. Dan dengan mencipta program sistem pembayaran untuk Information Science Inc, merupakan bisnes pertama mereka. Kemudian bersama Paul Ellen mendirikan perusahaan pertama yang disebut Traf-O-Data.

Disinilah mereka mula mengembangkan kemampuan menuju pembentukan Microsoft. Meskipun dilabel sebagai ‘College drop-out’, sewaktu di Harvard kerana gagal mencapai keputusan yang baik dalam pengajian undang-undang. Namun semasa belajar di Harvard, Bill Gates dan Paul Allen telah menulis program Altair BASIC untuk Altair 8800 pada pertengahan 1970. Altair merupakan komputer peribadi pertama yang berjaya. 

Kejayaan tersebut menjadi inspirasi untuk Gates dan Allen mencipta Microsoft BASIC, bahasa komputer terjemahan utama untuk sistem operasi komputer MS-DOS, yang menjadi kunci pada kejayaan Microsoft.

Sejak Microsoft ditubuhkan pada tahun 1975, Bill Gates bekerja 14 jam tiap hari, dan semasa membangunkan system operasi Windows untuk pertama kalinya Bill Gates hanya tidur 8 jam dalam seminggu.

“Setiap cerita kejayaan, bermula dengan impian” itulah ungkapan Bill Gates yang paling popular, Disebalik kejayaan Bill Gates sebenarnya beliau melalui kepayahan dan keperitan, bahkan pernah dianggap sebagai orang yang kurang siuman dan menjengkelkan. Semuanya kerana ‘kegilaannya’ terhadap komputer dan teknologi.

Bertitik tolak dari semua itu, Bill Gates pernah dinobat sebagai usahawan muda terkaya di dunia, bila kekayaannya mencapai berbillion-billion dollar, dan kekayaan tersebut terus meningkat. Berdasarkan kiraan matematik, pendapatan Bill Gates ialah 300 US dollar setiap saat.

Jika dikira dalam Ringgit Malaysia, pendapatannya ialah : 1 saat = RM960 ; 1 minit = RM57,600 ; 1 jam = RM3.4 juta ; 1 hari = RM483 juta

Ketika berusia 41 tahun, Bill Gates berkahwin dengan Melinda French pada 1 Januari 1994. Mereka dikurniakan tiga orang anak, Jennifer Katharine Gates (1996), Rory John Gates (1999) and Phoebe Adele Gates (2002).

No comments:

Post a Comment